Kempen Terkini: Pameran “Pokok Untuk Kehidupan”
Bahasa Melayu | English Hari Ini : 6-September-2010 Anda Pelawat : 60593

Pameran dan Ceramah “Pokok Untuk Kehidupan” di Johor Bahru Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC)


4-31 Julai 2008

Pameran tersebut telah diadakan di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC), Johor Bahru selama 28 hari di mana aspek-aspek kepentingan pokok kepada manusia dari segi sumbangan kepada alam sekitar, ekonomi, sosiologi dan sebagainya dipertontonkan secara interaktif. 

Bersempena dengan pameran tersebut, beberapa ceramah berkenaan alam sekitar dan kepentingan pokok talah diadakan. Upacara perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Hj Abdul Ghani bin Othman.


Persidangan Kanak-kanak UNEP TUNZA berkenaan Alam Sekitar di Stavanger, Norway


15-20 Jun 2008

Sembilan ahli kanak-kanak berumur dari 12-14 telah mewakili Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) Malaysia ke Persidangan Kanak-kanak UNEP TUNZA berkenaan Alam Sekitar di Stavanger, Norway. Bertemakan: “Creating Change” , persidangan ini dianjurkan oleh UNEP dan Young Agenda 21 of Norway, dengan disokong oleh Kementerian Perhubungan Antarabangsa Norway dan Kementerian Alam Sekitar Norway. 

 
Peserta-peserta pilihan dari setiap negara mempersembahkan projek alam sekitar masing-masing dan di ruang pameran. YAWA pula telah mempamerkan aktiviti YAWA dan juga yang paling penting menyebarkan Kempen Penanaman Pokok Kebangsaan “Trees For Life” oleh Jabatan Landskap Negara. Dalam pameran tersebut, bahan-bahan promosi seperti poster, buku, CD promosi kempen penanaman pokok di Malaysia diedarkan secara percuma. 
 
Peserta-peserta dari YAWA juga berpeluang berkongsi pengalaman Malaysia dengan menwar-warkan hasrat kerajaan Malaysia untuk menanam 20 juta pokok menjelang 2020. Mereka turut memaklumkan tentang pencapaian terkini Malaysia yang telah mencecah 12 juta pokok semenjak kempen penanaman pokok dilancarkan pada tahun 1996.


Program Penanaman Pokok Teduhan & Bunga Raya Tanjong Lumpur, Kuantan, Pahang


2008-06-14

Jabatan Landskap Negara dengan kerjasama Malaysia Nature Society (MNS) dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Lumpur telah mengadakan Kempen Penanaman Pokok di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Tujuan program ini adalah untuk memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan budak-budak sekolah.

 


Kem YAWA TOYOTA di Sungai Congkak, Selangor


9-11 Jun 2008

Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dengan kerjasama TOYOTA dan Jabatan Landskap Negara (JLN) telah mengadakan aktiviti “TOYOTA Eco-Challenge” di Sg Congkak.
Aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang spesis pokok dan kaedah penanaman serta penjagaannya.
Melalui aktiviti ini, fasilitator dari Jabatan Landskap Negara, Encik Mansor telah memberi ceramah kepada peserta yang terdiri daripada kanak-kanak YAWA bertemakan  “All About Trees and After Care”. Pada penghujung program, peserta-peserta tersebut juga menanam pokok di sekitar kawasan tersebut.


Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Putrajaya


2008-06-05

Kempen penanaman pokok ini diadakan di Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2008. Sambutan ini dianjurkan oleh Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Perbadanan Putrajaya.




Kempen Penanaman Pokok Rukun Tetangga Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Bahru


2008-05-18

Kempen Rukun Tetangga ini melibatkan lebih kurang 100 orang penduduk Taman Bukit Bujang dan telah berjaya menanam sejumlah lebih kurang 150 batang pokok Eugenia oleana. Penanaman dilakukan secara gotong royong dan aktiviti ini juga mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk-penduduk di samping menjaga keindahan alam sekitar.


Program YAWA – JLN di Taman Wetland Putrajaya


2008-05-05

15 kanak-kanak dari Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dengan kerjasama Jabatan Landskap Malaysia telah mengadakan aktiviti alam sekitar di Taman Wetland Putrajaya. Fasilitator dari Jabatan Landskap Negara, Encik Mansor telah memberi ceramah kepada kanak-kanak YAWA berkenaan pokok dan penjagaannya.


Sambutan Bulan Arkitek Landskap Sedunia 2008


2008-04-28

Bersempena dengan sambutan Bulan Arkitek Landskap Sedunia 2008, satu lagi program penanaman pokok dilakukan oleh pengerusi Panel Penasihat Landskap Malaysia, YA Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah di perkarangan Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas Mesyuarat Panel Penasihat Landskap Malaysia.

 


Sambutan Hari Landskap Sedunia 2008


2008-04-19

Sambutan Bulan Arkitek Landskap Sedunia 2008 di Malaysia diserikan dengan program penanaman pokok bersempena dengan Kursus Amalan Iktisas Arkitek Landskap Malaysia (KAIAL2008) anjuran Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan telah diadakan di perkarangan Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM).


Pameran dan Ceramah “Pokok Untuk Kehidupan”,Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur


18 Feb – 17 Mac 2008

Pameran tersebut telah diadakan di Pusat Sains Negara selama sebulan di mana pameran tersebut menghimpunkan fakta-fakta kepentingan pokok kepada manusia, sumbangan kepada alam sekitar, ekonomi, sosiologi dan sebagainya dan dipertontonkan secara interaktif.

Bersempena dengan pameran tersebut, beberapa ceramah berkenaan alam sekitar dan kepentingan pokok talah diadakan. Upacara penanaman pokok juga diadakan di perkarangan Pusat Sains Negara bersempena dengan upacara perasmian pameran tersebut.


BAHAGIAN INTERAKTIF

  Laporkan Pencapaian Anda
  PBT & Kerajaan Negeri

Layarilah bahagian interaktif ini untuk mencatatkan pencapaian ada di peringkat negeri dengan mengisikan borang pencapaian secara digital berserta dengan gambar-gambar.
Klik untuk maklumat lanjut

 
  Pencapaian Semasa Negara

Pencapaian semasa kempen penanaman pokok dan bunga raya kebangsaan. Pencapaian anda adalah sebahagian daripada statistik pencapaian kebangsaan.

Sasaran Pokok Untuk Ditanam Menjelang 2020
20,000,000
Pencapaian Terkini
17,441,132 (87.21%)
 
  Laporkan Pencapaian & Sasaran Anda
  Swasta, Organisasi, Orang Awam

Syarikat Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) & Orang Awam digalakkan menyertai Kempen Tanam Pokok dan Bunga Raya Kebangsaan.
Laporkan Sasaran dan Pencapaian Anda.
Klik sini untuk mendaftar pencapaian anda

 
  Pokok-pokok Bersejarah

Maklumat-maklumat pokok bersejarah di Malaysia, kini terletak di hujung jari anda ......
Klik untuk maklumat lanjut

 

  Berita Semasa
 
 
 
 
Hubungi Kami | E-mel Kami | Pautan | Site Map

Jabatan Landskap Negara
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab diatas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.(27-01-2010)

 


Copyright © 2007
Trees For Life - All Rights Reserved