Melalui perlaksanaan Program Kempen Tanam Pokok secara berterusan, secara tidak langsungnya akan mengubah iklim mikro di serata tempat. Fenomena bencana alam seperti banjir kilat juga dapat dielakkan kerana akar pokok akan mengurangkan hakisan tanah oleh hujan dan mengurangkan banjir kilat berlaku.
Melalui program penanaman pokok ini juga akan meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dan indah serta dapat meningkatkan produktiviti rakyat di negara amnya. Penglibatan secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat adalah penting melalui pengembelingan tenaga antara kerajaan dan semua lapisan masyarakat demi menghasilkan suasana kehijauan, keindahan dan keselesaan sepertimana yang dihasratkan, selaraskan dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Taman yang terindah.
|