Kempen Terkini: Pameran “Pokok Untuk Kehidupan”
Bahasa Melayu | English Hari Ini : 6-September-2010 Anda Pelawat : 60593

Sejarah Bunga Kebangsaan – Bunga Raya

Bunga Raya Hibiscus ros-sinensis telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia dipilih sebagai Bunga Kebangsaan kerana;

Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat berani menempuh cabaran.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk, warna dan ukuran melambangkan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang hidup dalam harmoni.

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Landskap Negara, 3 Mac 2005

“….. Jadi hari ini, kita memulakan usaha yang sangat baik untuk negara dan rakyat. Menanam bunga raya wajar dijadikan sebagai hobi. Kepandaian rakyat Malaysia ialah menanam pokok bunga raya dan kita mesti bangga dengan pokok ini di rumah kita dari segi kecantikan, kesuburan dengan saiz bunga yang besar and kita boleh menjadikan bunga raya ini sebagai hadiah kepada rakan-rakan.

Kalau kita megunjungi rumah mereka, apa salahnya kalau kita membawa hadiah bunga raya untuk mencantikkan rumah mereka sama macam bunga orkid. Biarlah semua orang suka mengindahkan kawasan dan rumah masing-masing agar cantik . Kalau semua begitu, maka tentulah negara kita akan dikenali sebagai Negara Bunga Raya. Pergi ke mana pun kita boleh lihat pokok bunga raya ini dan kita bangga dengan bunga yang kita pilih sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman.”

Tujuan Kempen

Meningkatkan kesedaran umum rakyat Malaysia mengenai latar belakang serta signifikasi bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan.

Mananam sifat kebanggaan dan kecintaan rakyat Malaysia terhadap bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan khususnya kepada golongan muda.

Untuk menggalakkan penanaman bunga raya secara meluas di samping menjadi bunga pilihan ramai.

Untuk memupuk semangat perpaduan yang kukuh di dalam diri rakyat Malaysia di samping menghayati maksud tersirat di sebalik bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan.

Untuk menggalakkan penghasilan pelbagai produk secara komersil berasaskan dan berkonsepkan bunga raya bagi industri landskap, tekstil, kosmetik, perubatan, makanan dan lain-lain yang berkaitan.

Pengunaan Bunga Raya dalam Landskap

01 Tanaman Pagaran
Pokok Bunga raya amat sesuai sebagai tanaman pagaran “ hedges” untuk dijadikan pagaran yang memisahkan ruang-ruang.

02 Pasuan
Bunga Raya susuai ditanam di dalam pasu kerana mudah diubahsuai mengikut hiasan dan keluasan tempat. Bunga Raya juga sesuai ditanam di dalam bekas penanaman serta ditempatkan di tepi jalan.

03 Lereng Bukit
Bunga Raya juga boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok di lereng bukit.

04 Tunggal
Bunga Raya yang berbunga besar boleh ditanam sebagai bunga specimen secara tunggal di tempat tumpuan utama.

05 Berkelompok
Tanaman berkelompok juga sesuai bagi kawasan yang luas seperti taman dan pinggiran jalan.

06 Kombinasi
Kombinasi antara spesis bunga raya dan tanaman penutup bumi mewujudkan variasi warna yang menarik

07 Berbaris
Bunga Raya juga boleh ditanam secara berbaris di sepanjang siar kaki di taman

08 Topiari
Bunga Raya juga boleh dijadikan sebagai topiari mengikut bentuk yang ditetapkan

BAHAGIAN INTERAKTIF

  Laporkan Pencapaian Anda
  PBT & Kerajaan Negeri

Layarilah bahagian interaktif ini untuk mencatatkan pencapaian ada di peringkat negeri dengan mengisikan borang pencapaian secara digital berserta dengan gambar-gambar.
Klik untuk maklumat lanjut

 
  Pencapaian Semasa Negara

Pencapaian semasa kempen penanaman pokok dan bunga raya kebangsaan. Pencapaian anda adalah sebahagian daripada statistik pencapaian kebangsaan.

Sasaran Pokok Untuk Ditanam Menjelang 2020
20,000,000
Pencapaian Terkini
17,441,132 (87.21%)
 
  Laporkan Pencapaian & Sasaran Anda
  Swasta, Organisasi, Orang Awam

Syarikat Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) & Orang Awam digalakkan menyertai Kempen Tanam Pokok dan Bunga Raya Kebangsaan.
Laporkan Sasaran dan Pencapaian Anda.
Klik sini untuk mendaftar pencapaian anda

 
  Pokok-pokok Bersejarah

Maklumat-maklumat pokok bersejarah di Malaysia, kini terletak di hujung jari anda ......
Klik untuk maklumat lanjut

 

  Berita Semasa
 
 
 
 
Hubungi Kami | E-mel Kami | Pautan | Site Map

Jabatan Landskap Negara
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab diatas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.(27-01-2010)

 


Copyright © 2007
Trees For Life - All Rights Reserved