Kempen Menanam Pokok Bunga Raya telah dilancarkan pada tahun 2005 selaras dengan hasrat Y.A.B Perdana Menteri ketika itu, semasa melancarkan Kempen Menanam Bunga Raya sempena sambutan Hari Landskap Negara pada 3 Mac 2005 yang menyarankan supaya penanaman bunga raya – Hibiscus rosa-sinensis sebagai bunga kebangsaan dipertingkatkan di seluruh negara bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mengetahui, memahami, menghayati serta menyemarakkan bunga raya sesuai dengan statusnya sebagai bunga kebangsaan negara.
Tema yang dipilih ialah “ Bunga Raya Semarak Negara ”. Perkataan “Semarak” membawa maksud seri, cahaya, kebanggaan, keelokan, kemegahan dan kemuliaan.
Bunga Raya Semarak Negara
Bunga Raya telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berdasarkan kepada justifikasi berikut :
1) Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga ini memberi maksud lima prinsip Rukun Negara iaitu :
- Kepercayaan Kepada Tuhan
- Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Kedaulatan Undang-Undang
- Keluhuran Perlembagaan
- Kesopanan Dan Kesusilaan
2) Warna Merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. |
 |
3) Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup dengan harmoni dalam satu Negara Malaysia tercinta ini.
Objektif Kempen
1) Untuk meningkatkan kesedaran dan menanamkan sifat kebanggaan serta kecintaan rakyat Malaysia terhadap Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.
2) Untuk menanam sifat kebanggaan dan kecintaan rakyat Malaysia terhadap Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan, khususnya kepada golongan remaja.
3) Untuk memupuk semangat perpaduan yang kukuh di dalam diri rakyat Malaysia di samping menghayati maksud tersirat di sebalik Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.
4) Untuk menggalakkan penanaman Bunga Raya secara meluas di samping menjadi bunga pilihan ramai.
5) Untuk menggalakkan penghasilan pelbagai produk berasaskan dan berkonsepkan Bunga Raya bagi industri landskap, tekstil, kosmetik, perubatan, makanan dan lain-lain yang berkaitan.
Kegunaan Bunga Raya
Antara kegunaan Bunga Raya adalah seperti berikut :
Makanan : Hibiscus sabdariffa (Roselle) boleh dijadikan sirap, jem, halwa dan lain-lain.
Hiasan Landskap : Pokok renek Bunga Raya memang terkenal sebagai tanaman hiasan di dalam landskap sejak dulu hingga kini.
Perubatan : Beberapa spesis Bunga Raya boleh digunakan sebagai penawar racun, melegakan sakit kepala dan demam.
Gubahan : Bunga Raya juga sering digunakansebagai gubahan dalam rumah ataupun hiasan kostum.
Kosmetik : Beberapa spesis Bunga Raya juga mampu melembabkan kulit dan menyuburkan rambut.
Keterangan Botani Dan Ciri-Ciri Pokok Bunga Raya Bunga Kebangsaan
| Nama Botani : |
Hibiscus rosa-sinensis |
| Nama Tempatan : |
Bunga Raya, Shoe Flower |
| Nama Keluarga : |
Malvaceae |
| Tempat Asal : |
China |
| Jenis Pokok : |
Renek berbunga |
| Jenis Bunga : |
Sederhana besar, berkelopak lima, mempunyai ‘style’ yang panjang berstigma pada hujung seakan bulu sekeliling. |
| Bentuk Pokok : |
Rimbun menegak |
| Tekstur Batang : |
Sederhana kasar |
| Ketinggian Biasa : |
2 meter – 3 meter |
| Warna Biasa : |
Merah, merah jambu, putih, kuning dan jingga. |
| Cara Pembiakan : |
Keratan batang dan dahan, tut dan cantuman. |
Kaedah Penanaman Dalam Landskap
- Secara Tunggal
- Berkelompok
- Topiari
- Pagaran
- Pasuan
- Penghadang

Panduan Teknik Kempen Penanaman Bunga Raya
Klik di sini untuk muat turun.
|