Kempen Terkini: Pameran “Pokok Untuk Kehidupan”
Bahasa Melayu | English Hari Ini : 31-July-2010 Anda Pelawat : 48989

Kempen Tanam Pokok ini telah bermula semenjak pelancarannya oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada Sambutan Hari Landskap Negara 1997. Manakala pada 5 Mac 1997, Mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk melaksanakan Kempen Tanam Pokok di seluruh negara.

Pada tahun 1999, program ini telah dilaksanakan dan diteruskan di semua peringkat dan pelancarannya di peringkat Persekutuan telah dirasmikan oleh Y.B. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada masa tersebut iaitu, Y.B. Dato’ Dr. Ting Chew Peh di Taman Awam, Bandar Utama (Bandar Utama Central Park) Petaling Jaya, Selangor pada 8 Mac, 1999. Sasaran kempen bagi tahun 1999 ialah untuk menanam sebanyak 750,000 pokok utama (pokok teduhan) di seluruh negara.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan program ini, pada setiap tahun semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta Putrajaya telah mengambil bahagian dalam menjalankan program menanam pokok di dalam kawasan masing-masing, samada melalui peruntukan Jabatan Landskap Negara mahupun melalui program yang dijalankan sendiri.

Bagi menjayakan kempen ini, sepertimana yang ditetapkan. Semua agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO’s) dan orang awam serta kanak-kanak sekolah di seluruh negara digalakkan mengambil bahagian. Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktiviti menanam pokok di peringkat masing-masing. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara bertindak sebagai penyelaras kepada pelaksanaan keseluruhan kempen di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Dalam Rancangan Malaysia ke – 8 (2001-2005), sebanyak 4 juta pokok telah ditanam di seluruh Malaysia. Manakala dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010), dijangka sejumlah 4 juta pokok lagi akan ditanam. Sasaran kempen ini secara keseluruhan adalah untuk menanam sejumlah 20 juta pokok utama menjelang tahun 2020 selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia – Negara Taman Terindah. Kempen ini dijalankan adalah untuk mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan pokok bagi mengekalkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar yang menyumbang kepada persekitaran yang sihat, selamat dan indah di seluruh negara.

Sasaran Penanaman Pokok

Untuk mencapai sasaran 20 juta pokok menjelang tahun 2020, satu jadual perlaksanaan penanaman pokok telah di wujudkan oleh pihak Jabatan Landskap Negara bagi memudahkan kerja-kerja pengagihan jumlah penanaman pokok disetiap peringkat.

RANCANGAN MALAYSIA SASARAN POKOK SASARAN TAHUNAN PERATUS KUMULATIF
1997 ‑ 2000 (RMK 7) 3.0 Juta Pokok 750,000 X 4 Tahun 15.0%
2001 ‑ 2005 (RMK 8) 3.5 Juta Pokok 700,000 X 5 Tahun 32.5%
2006 ‑ 2010 (RMK 9) 4.0 Juta Pokok 800,000 X 5 Tahun 52.5%
2011 ‑ 2015 (RMK 10) 4.5 Juta Pokok 900,000 X 5 75%
2016 ‑ 2020 (RMK 11) 5.0 Juta Pokok 1,000,000 X 5 100%
Jumlah 20.0 Juta Pokok 20,000,000 100%

Jadual : Sasaran Penanaman Pokok Sehingga Tahun 2020



BAHAGIAN INTERAKTIF

  Laporkan Pencapaian Anda
  PBT & Kerajaan Negeri

Layarilah bahagian interaktif ini untuk mencatatkan pencapaian ada di peringkat negeri dengan mengisikan borang pencapaian secara digital berserta dengan gambar-gambar.
Klik untuk maklumat lanjut

 
  Pencapaian Semasa Negara

Pencapaian semasa kempen penanaman pokok dan bunga raya kebangsaan. Pencapaian anda adalah sebahagian daripada statistik pencapaian kebangsaan.

Sasaran Pokok Untuk Ditanam Menjelang 2020
20,000,000
Pencapaian Terkini
17,441,132 (87.21%)
 
  Laporkan Pencapaian & Sasaran Anda
  Swasta, Organisasi, Orang Awam

Syarikat Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) & Orang Awam digalakkan menyertai Kempen Tanam Pokok dan Bunga Raya Kebangsaan.
Laporkan Sasaran dan Pencapaian Anda.
Klik sini untuk mendaftar pencapaian anda

 
  Pokok-pokok Bersejarah

Maklumat-maklumat pokok bersejarah di Malaysia, kini terletak di hujung jari anda ......
Klik untuk maklumat lanjut

 

  Berita Semasa
 
 
 
 
Hubungi Kami | E-mel Kami | Pautan | Site Map

Jabatan Landskap Negara
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab diatas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.(27-01-2010)

 


Copyright © 2007
Trees For Life - All Rights Reserved